Wednesday, October 27, 2010

Kisah nyer Air Kosong...


Hidup yang aman tenteram tanpa sebarang masalah adalah ibarat segelas air kosong. Nyaman n boleh di nikmati selalu. Tetapi malangnyaia tidak memberi sebarang rasa dek kerana segelas air kosong hanya mampu menghilangkan dahaga, iaitu tujuan asal mengapa kita harus meminum air dan bukannya pasir.

Kendati pon begitu, dengan beberapa helai daun teh, segelas air kosong itu mampu menambat hati sesiapa yang melihat lantaran pertukaran warna yang berlaku pada air di dalam gelas tersebut. Selain itu, ia juga mengubah rasa air tersebut daripada tanpa rasa kepada rasa yang sedikit pahit dan kelat. Untuk sesetengah orang, rasa itu sudah memadai untuk dirinya menikmati segelas air teh O.

Bagaimana jika kita masukkan sedikit air gula ke dalam teh O tadi ? Pasti lebih nikmat dan mampu di minum oleh kebanyakkan orang. Warna yang sedikit keemasan, dicampur dengan rasa pahit kelat daun teh dan kemanisan gula pasti akan menambat hati sesiapa yang meminumnya.

Bayangkan jika segelas teh O tadi kita letakkan beberapa ketulan ise (bahasa melayunye ape daa…) Wah ! ini sudah lebih dari nikmat ! apatah lagi jika dihidangkan di waktu tengahari, ketika matahari sudah memeritkan ubun.

Untuk menambahkan lagi kenikmatannya, kita campurkan dengan sedikit jus limau. Pergh… wacakapsamelubeb… sembang pon tak guna, tapi yang pasti minuman itu akan menjadi le my most favorite drinks The O Ise Limau. Hehehehe…

Tapi aku bukan nak cerita pasal minuman favorite aku nie sangat. Cuma aku nak relate kehidupan kita di dunia ini macam segelas air kosong dengan segelas the O ise limau tu.

Semua orang mahukan kehidupan yang aman tenteram tanpa sebarang masalah, macam segelas air kosong. Plain je, tanpa sebarang rasa mahupun warna. Apakah segelas air kosong itu tidak boleh diminum ? tentu jawabannya tidak ! sesungguhnya air kosong itu adalah asas kepada semua jenis minuman di dunia ini.

Sama juga dengan kehidupan yang tanpa masalah. Apakah kehidupan sebegitu tidak bisa dijalani ? tentu saja tidak kerana kehidupan sebegitu amat penting demi kestabilan minda dan ketenangan jiwa.

Kendati pon begitu, sesekali apalah salahnya jika kita bertukar selera, menikmati nikmat yang telah di kurniakan oleh Allah swt kepada kita, nikmat manisnya gula, pahitnya the dan masamnya limau itu. Cuma jangan terlalu kerap, khuatir nanti mengundang natijah yang tidak baik untuk diri kita.

Masalah dan dugaan yang hadir di sepanjang kehidupan kita adalah pemanis dan penyeri kehidupan kita. Makin besar masalah itu datang, maka seharusnya membuatkan diri kita semakin kuat bertahan dan menentang. Jangan sesekali kita membiarkan diri menjadi lemah lalu hanyut di pukul olehnya. Segala ranjau, onak dan duri yang ditempuhi, adalah umpama perasa perasa tambahan yang memberikan lebih kenikmatan dalam kita meladeni kehidupan di muka bumi ini.

Akhir kata, laut mana yang tidak bergelora, bumi mana yang tidak pernah ditimpa hujan. Setiap masalah yang datang sebenarnya adalah ujian yang akan mematangkan lagi diri kita. Pak Soekarno pernah bersabda “Dunia ini adalah universitas ku, segala isi yang ada di dalamnya adalah pelajaran ku, masalah dan dugaan yang datang adalah ujian ku dan pengalaman ini adalah ijazah ku”.


Credit to Supermokh!